.::Raya Di Jalanan::.

Salam Alaikh..=)

Sudah raya ke tiga kan? Selamat Hari Raya.. Too all family, friends and all my blog readers. Apa jua silap dan salah, yang dilakukan secara sedar dan tanpa sedar, harap dimaafkan. Maaf, raya ke tiga baru mahu wish. Bukan apa, aku baru balik dari bertapa. "^_^

Apa macam cerita raya kalian? Cerita raya aku, begini..

Pagi tu aku dengar suara orang mengemas. Erk. tiada juga suara. Tapi macam suasana bz mengemas. Bila aku keluar, ya betul. Kakak ku sibuk masukkan baju dalam beg. Iron baju suami dia dan bz belegar legar di ruang rumah. Aku fikir, simptom simptom emak aku sudah menjangkit ke kakak aku. Kalau mahu keluar rumah, wajib tawaf seluruh rumah. Eh, mak korang macam tu jugak kah?

Balik ganu katanya. Yep, akak aku kawen dengan orang jaooooh ke pantai timur.

Sekalian aku diarahkan ikut. Even aku berat hati mahu ikut. Kakak aku cakap, "hai, mau raya sorang ssorang d kehel ni?" Terus aku pun kemas la beg juga.

Bertolak pukul 11 pagi. Sampi pukul 7 petang. Heaven sungguh habiskan masa d jalan raya. Jalan jauh begini ingatkan aku perjalanan dari Tawau ke KK. Lebih kurang macam ni la juga. Cuma, jalan di Sabah sana macam ular. Bengkak bengkok malah berbukit bukau. Tiada highway, malah grable.Sedih kan.

Sampai sampai saja rumah family abg ipar aku tu, lepas salam salam semua orang, aku terjah ini. Benda kiut sedunia. Fresh ok, baru 15 hari smpai ke dunia.

Comel bukan? Namanya Sharini. Dnt know whether i spell it right or not.
Abang ipar aku punya adik punya anak. Bapak Sharini ni baya aku. Tapi beliau sudah ada khazanah berharga bernama Sharini si comel ni. Jeles tahu.

And begitu la raya aku di terengganu. Pagi raya, bangun, makan, ziarah family abang ipar. Bab ziarah ni, buat aku terfikir. Sekarang ni memang musim bersalin ka? Sebab, setiap rumah yang aku pegi, mesti ada baby. Mesti okeh. Baby yang baru lahir pula tu. Kesian dekat my sis sebab asyik kena tanya bila mahu beranak. Kasian~~


And malam raya pertama tu, kami pulang membelah malam ke kehel balik. Ya, sebab my sis ni sebenarnya lari daripada tugas. So, kena balik cepat cepat sebelum kedapatan.

Sepanjang jalan, dapat la tengok percikan bunga api. Malam raya+merdeka. But ive no feeling. Zero. Yang ada hanya penat.

Rindu kampung halaman.Rindu suasana raya... Dan rindu dengan wajah wajah ini..







Ni maknanya super rindu. Yang first tuh, nama dia Alief Asyraf. Pemilihan nama adalah atas gue. Ahahaha. Bangga di situ. And kedua tu, Nur Ain Najihah aka Bo. Third si kusing. Namanya Putih. And the hitam one tu, namanya Hitam. Sudah mati. Ketabrakan motor oleh adik gue. Gue merajuk and tidak bertegur sapa dengan adek i atas kematian beliau. Maka adik aku juga bukan sengaja.

Hm. itu saja cerita raya aku tahun ni. Tidak seronok bukan? Bye!

p/s : smpai sekarang rasa macam tidak percaya ramadhan sudah habis, syawal sudah hari ketiga. And paling tidak percaya aku raya di perantauan.

Comments

Popular Posts