.::Magic:Dari Fridge Terus Ke Tong Sampah::.

Salama Alaikh~

Ya ya ya.. Semalam aku baru post je publish satu post. Hari ini aku mahu publish lagi. Tidak payahlah mahu memerli ya kamu kamu kamu kamu di sana ittew~ Benci~

Aku kan. Sudah lebih kurang 5 bulan menyewa di rumah tersebut. Berhousematekan dua orang budak cina yang datang dari China. Ha. Gittew kekdahnya. Awal-awal tu memang tiada masalah. Lebih lebih lagi kami mengamalkan gaya hidup bebas. Heyp! bukan bebas yang gitu gitu. Bebas. Kau buat hal kau, aku buat hal aku.

Tapi makin lama, aku makin neves. Bila barang aku dan member, (ya ya, aku share bilik) di dalam peti ais pandai berpindah tempat ke dalam tong sampah tanpa izin. Mula mula tu, suspek macam.. Erm.. Mungkin aku hilang ingatan, terbuang barang tanpa sedaw.. Yelah~ kan, umur pun dah tua ni. Mungkin la penyakit pelupa makin kronik.

Tapi, makin lama, rasa neves tu makin meneveskan.. Haa~~ Giteww kekdahnya!

And lagi teruk bila beli telur sekotak, kami hanya mampu makan bukan sejumlah sekotak. Ala.. Macam angry bird tu.. Ada babi curi telur tu kan. Tapi korang tidak perlulah pesimis terhadap aku. Bukanlah aku ingin mengatakan mereka babi. Tapi aku cuma menyinonimkan perbuatan mereka ittew~ sama kan? sama kan? Cuma yang tidak samanya, aku bukanlah bird!

Oh yah, kejadian buang barang orang dari fridge ke tong sampah itu selalu berlaku bila beliau balik dari China. Yalah.. Macam korang jugak, kalau mahu balik ke asrama, mak bekal itu ini. Tiada space untuk barang dia, barang orang dibuangnya. Molek sangat perangai. Siaplah~ sekali lagi dia buat, kompom aku pindah rumah!

*search at mudah.my*

p/s:korang bleh suggest tempat tinggal murah yang fully furnidh dop?

Comments

Popular Posts