Salam Alaikh~

Nampaknya seolah olah sudah dua ratus tahun aku biarkan blog ini gersang. Gersang tanpa new post. Entah, jadi malas mahu update. Jadi malas mahu menaip. Bukan aku tidak log in ke blog ni. Log in, tapi lebih kepada mahu melihat update blog lain. Mahu melihat, mengetahui perkembangan semasa. Apa sudah jadi dengan negaraku Malaysia. Pergh. Semangat~

Pilihan Raya tahun ni, entah jadi entahkan tidak. Aku nampak makin lama, makin meroyan satu pihak ni, makin nampak kebatilan, makin nampak teras perjuangan mereka berlandaskan, 'duit rakyat, duit aku, duit aku, duit akulah~' Nyaman. Kenyang tengok kau berbelanja ikut suka. Tanpa fikir pihak yang menanggung derita. Rakyat marhein seperti akulah. Damn. Tidak sabar menunggu next election, mahu lihat kau dan kroni kau gulung tikar. Mahu tengok nafas baru, negaraku. Oh. Buat kamu mahasiswa, teruskan perjuangan. Aku sokong kalian dengan doa. Moga di makbul ALLAH ta'ala.

28 April 2012. Satu lagi sejarah bakal dicipta. BERSIH 3.0. Mahu join, tapi memikirkan kakak sendiri bakal bertugas mengawal situasi, aku jadi.. Aaa.. Cemana ni?

Ehsan guggly
Walau jauh diperantauan, rasa rindu mahu menjahit. Siap dua pasang seluar dijahit hujung minggu lalu. Perancangan seterusnya, jumpa saja kedai jahit yang boleh jahit tepi, on. Susah bila tiada mesin jahit tepi. Tapi semua itu bukan alasan, hendak seribu daya, tak hendak, berdalih dalih la kau sana. Mahu jahit terus kurung aidilfitri tahun ni. InsyaALLAH. Siap rancang untuk jahit satu family. InsyaALLAH, jika cukup masa dan iltizam tinggi. Kehkehkeh~ 

Progress mahu jadi wanita celik memasak makin mantap. Apa? Iya aku kasar. Memang kasar, tapi dalam hati ada taman tahu *shy*
Bukan kekasaran yang dilihat bila memasak di dapur. Ye dak? Janji punya keinginan mahu berubah. Maksud aku, berubah dari pandai masak ke pandai masak. Gittew~
Mantap ittew untuk level aku lah. At least sudah pandai mengagak rasa, ini kurang, perlu tambah itu. Masak itu juga satu seni bukan?

Kesihatan. Uff~ kesihatan makin kurang. Merisaukan sekarang ni bila selalu tumpah barang, terlanggar benda. Walau sudah ingatkan diri sendiri untuk berhati-hati. Migrain selalu melanda begitu juga dengan gastrik. Aku suspek semua ni gara-gara Encik Stress yang selalu mengganggu.

Oh. Minggu lalu hari Khamis, aku langgar myvi guna myvi bos aku. Mantap. Memang cetek la duit gaji untuk bulan ni. Tapi sabarlah, pasti ada hikmah atas segala yang jadi. InsyaALLAH.

Apa lagi?

Itu saja.


Comments

Popular Posts