Salam Alaikh..

Hujung minggu aku terlalu ohsem bila dapat back to nature! Ikut member pulang ke kampung, dapat tengok kelapa sawit, pemandangan hijau.. Rasa macam balik ke kampung halaman. Oh memang boleh mendatangkan kerinduan yang amat! Sabarlah hati, lagi sebulan saja lagi. Sebulan saja lagi untuk menjejakkan kaki ke bumi peladang. Dapat jumpa semua kesayangan.


Ini bukanlah kelapa sawit yah. 
See? Uffff.. Miss my hometown! Bukak mata, hijau. Dengar bunyi kokokan ayam. Ya ALLAH~ Rindu!

Thanks sahabat, untuk keluarga yang kelakar. Berada di tengah-tengah kalian tidak langsung buat aku jauh. Abahmu banyak tutur bicaranya, senda guraunya. Begitu juga dengan emakmu, suka dengar nasihatnya, nampak kasihnya padamu, sahabat. Sanak saudaramu yang mengiyakan kehadiran aku di sana. Bahagianya, ALLAH saja yang tahu. Terima kasih untuk rasa ini. Terima kasih untuk perkenalan aku dengan si kecil ini. Keletahnya menghiburkan. Manjanya menenangkan. Terima kasih dari hati paling dalam.

Tengoklah de ni! Geram!

Si comel ni, nama dia Nurul Atiqah. sangat manja dan yang bagusnya, beliau bukan jenis yang takut dengan outsider. Mahu saja dengan sesiapa. (Time mood baiklah, kalau mood kurang, mahu dengan AB dia saja) Dia panggil ibu dia AB. Hahaha. Lawak. Paling best bila dia datang peluk. Ei. Geram!

Bai sayang, nanti-nanti, ada rezeki kita jumpa lagi yep.
p/s: Terima kasih TUHAN, untuk semua nikmat dan ujian.  
p/s/s: Sahabat, terima kasih. Ingat, sahabat till jannah. InsyaALLAH.
p/s/s/s: Setahun kerja. Selamat ulangtahun setahun bekerja Ara.





Comments

InaYusoff said…
kenape lagi sebulan?

kamu taknak duduk semenanjung lagi ke?
raya sygness~ raya..
balik raya.
ai ai ai.
jgn lupa, nikah kamu, kenduri kamu, wa mau latang~
InaYusoff said…
ohh..ingatkan balik ke kampung halaman terus..hikhik..


yeayy..
datang taw jangan tak datang..

:)

Popular Posts