Orang kata, bila si gadis masak terlebih masin, maknanya jodoh beliau sudah makin hampir.

#Malu

Maknanya, Ikan sambal aku yang terlebih masin itu menjadi bukti dekatnya jodoh aku dengan beliau? Begitukah? Kehkehkeh.. Sesungguhnya itu adalah mengarut. Member sampai kebas lidah merasa kemasinan ikan sambal berlada, aku pula boleh berangan berjumpa dengan bakal imam yang ALLAH cipta untuk aku?? Memang boleh mengundang pitam.

Ok straight to the point, no belok belok. Semalam mencoba resepi baru. Ikan sambal berlada. Tapi nampaknya kena mencuba dengan lebih gigih untuk menyeimbangkn rasa. Masin sangat. Cik Nhazwa cuba untuk bersopan dengan mengatakan, 'mungkin tahap rasa kemasinan kita berbeza' damn adalah sangat menyentap ulu jantung terus ke usus besar nyah. Bukan sebab kerana beliau mengomen masakan aku, tapi disebabkan komen yang tidak jujur bagi aku. Macam mana aku akan membangun diarena permasakan ini kalau komen adalah tidak telus?? Makanya, saya bantah yang arif! Tapi sebenarnya, apa yang aku pinta adalah, sila bagi komen yang jujur. Biar aku tahu di mana silapnya. Lepas ini boleh masak dengan lebih baek. Tak gitteww??

HAHAHA~ *ko dah kenapa tiba tiba seja ketawa!*

Oh, kalau kau tanya kenapa susah sangat aku mahu bagi kepercayaan aku pada seseorang. Aku ada sebab. Well. Aku ada sebab. Motip sangat sampai ulang dua kali bukan?

Percaya dari aku itu kenalah kau gain. Dia tidak datang selonggok seperti itu saja. Mungkin kelihatan cruel, tapi hakikatnya, aku kena melindungi diri sendiri. Cukup dengan apa yang pernah aku lalui. Mohon ALLAH, palis palis. Jauhkanlah. tapi andaikata terjadi lagi, ya redhalah yang pasti. ALLAH knows the best. ALLAH knows the best. Sebab aku masih berpegang pada kata kata, contohnya seperti, everything happened for a reason mungkin? Iya, pasti ada hikmah untuk setiap kejadian. Pasti. So jangan question kenapa aku banyak berahsia. Jangan question kenapa ini begini, itu begitu. Yang pasti perisai itu untuk aku, dan mereka disekeliling aku. Kehkehkehkeh~ Haah, aku bakalan pergi berperang. Lagi mau tanya??

Senang hati. Satu hari satu surat dari Dia, Bila baca hati jadi semacam. Terima kasih, kekasih.

p/s: hidup kena ada prinsip. Pegang pada prinsip. jangan lekas lupa. Bila urusan dunia buat kau tidak tenang, carilah ilmu akhirat nescaya jiwa akan kurang getarannya.

Comments

Popular Posts