Sesungguhnya, dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.
Hari ini. DuaPuluhEnamEmpatTigaBelas. Jumaat.
Dijemput pulang Timbalan Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri)
Datuk Sharuddin bin Ibrahim ke pangkuan Yang Maha Esa.

Terkejut. Kecoh satu bahagian. Al-maklum, kejadian berlaku di dalam kawasan Putrajaya, sebelah balai polis dan di dalam negara paling aman. Ironi huh?

Entahlah. Terkesanlah. Tahulah. Sedar 100% semua itu hanya asbab kematian. Sudah termaktub begitu jalan kembalinya arwah.Tapi, memikirkan hati keringnya pembunuh, sanggup meragut nyawa manusia lain, di Malaysia ini.. *sigh*

Ya ALLAH..
Selamatkanlah negaraku.
Lindungilah tanah tumpah darahku ini.
Kau bukaanlah hijab yang menyembunyikan kebenaran.
Aku mohon ya ALLAH,
Lemahkanlah pihak yang menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.
Kau hancurkanlah pemimpin zalim yang mempergunakan rakyat jelata.
Kau hancurkanlah, mereka-mereka yang bertanggungjawab atas kematian arwah.

Amin.

Comments

Popular Posts