Merentasi

Satu benda yang aku suka di Tanah Besar Malaya ni adalah.
Kita boleh berada di lebih dari satu negeri dalam satu hari. Yeah!
Begini. Semalam. Aku puasa. Balik kerja, soalan paling susah dalam dunia bila Azzua tanya hendakkan makan apa. Tak terjawab. Kalau dalam pop kuiz, memang confirm kalah dengan kumpulan lain. Kebetulan marcapada (ceh?) aku kegersangan pengidaman makanan. (Kau kenapa ayat bangla?)
Dari putrajaya, sepanjang SKVE aku berfikir. Mahu makan apa mahu makan apa? Siap reverse soalan balik ke dia. Nan ado jawapan.
Kebetulan Azzua terbertanya tentang Ayurnita (Ceh lagi?) Ayugeeio Yugee the Witch.Dapat idea. Maka, ke Melaka kita. Ke Melaka makan apa? Steamboat. Di Seoul Garden. *Tendang meja*


IOI Mall ada. Bangsar ada. One Utama ada.

Tengah puasa. Nafsu agak membuas. Padahal aku selalu rasa rugi pergi steamboat sebab aku bukan jenisan makan banyak on the spot walau gemuk. Tapi biarlah. At least boleh pegi jenguk budak Yugee tu. Kesian. Janji-janji manis mau jenguk dia di Johor dulu diconvert ke weolls jenguk uolls di Melaka. Adalah ya tu dek. Sabarkan sajalah. Sabar jugak lah tengok Azzua. Dia bukan makan sangat. Not into her sangat sebab dia lebih kepada nasi dan hasil air tangan iolls (Eh?) Hahahahaha!. Tapi kali ni puas hati tengok dak Yugee makan. Masa bawa dia pergi makan dekat Klang dulu sedih je tengok dia makan. Nasib alasan munasabah. Baru kebah dari demam katanya. Katanya lah. Maka, diet.

Oh berbalik ke kesukaan aku di Tanah Besar Malaya ni lah. Dalam sehari merentasi 3 negeri. Siap boleh balik hari. Kalau di Kepulauan Borneo. Dari Sabah ke Sarawak? Menangis la kalau mau balik hari kecuali kau tinggal di sempadan negeri. Dari daerah ke daerah pun mau patah pinggang duduk dalam kereta.

Nanti balik boleh bercerita sambil kembang hidung bila di tanya adik yang cepat percaya. Kihkihkih. Okbai!

P/S: Aku cinta kau ikan.

Comments

Rasp said…
betul tu...
satu keistimewaan duduk di sini...
Betul kak.
Tu yang best tu.

Popular Posts