Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Wednesday, May 7, 2014

Jiwa kosong, perut sebu.
Semalam malam berdarah.
Pulang dari gym hanya untuk menjumpai si kecil galak tergolek keras dengan kepala berdarah.

Yak ampun sayang.
Pagi tadi baru kuusap geram badanmu.
Kubelai manja bebulumu.
Dan kau beri tindakbalas kau suka.

Banyak manalah pun air mata keluar menangisi pemergianmu,
kau memang tidak akan bangun kan?
Hantar jemput aku seperti kemarin.

*sebak*

Masih ada sang ibu dengan satu lagi saudaramu.
Maaf. Kalau aku punca putusnya hubunganmu dengan dunia ini.
Biar yang tinggal aku sayang semahunya.

Haih. Mudah2an betul ada syurga kucing.
Biarkan semuanya masuk ke syurga kucing.

Maaf sayang.
Jasad kakumu hanya mampu ku balut, ikat kemas.
Bukan tertanam seperti sepatutnya.

Selamat malam--
(Nama pun aku belum bagi. Waaaaaaaaaaaaa~~)

I love u. Kalau berpeluang aku ke syurga, semoga kita jumpa nanti di dunia sebelah sana.
Amin.

4 comments:

AT said...

Pernah satu malam, sambil minum2 aku perhatikan 2ekor kucing adik beradik main tepi jalan. Dlm hati terdetik ish, jap lg ada yg kena ni kang. Selang 3saat, depan mata sekor kena gelek. Tegamam. Sambil tgok yg sekor lg. Xsempat kelip mata, sekor lg kena gelek jugak. Aku speechlessss. Sorg hamba Allah yg sama2 lepak dgn aku mlm tu tarik mayat kedua2nya ketepi.

Kalau tidak sbb dlm otak aku percaya wujudnya syurga kucing, mesti aku kalah dan meraung kat situ jugak. Itu caranya kita tipu diri sendiri sedangkan kita tau, semua haiwan diakhirat nnt akan mnjadi debu. Kecuali utk certain2 kes kot, dlm cerita ashabul kahfi contohnya.

|| A r a W a n i || said...

Gila!
Nampak depan mata?
Gila la.
Weyh ko yg ajar aku pasal syurga kucing ni.
Tak aci ar ko bagi tau pasal binatang jadi debu.
Hetchu!

Bae Roslan said...

mudah2an....

i dah jumpa uols..ekeke

|| A r a W a n i || said...

kehkehkehkeh..
Bae. Tahniah.

Amin2 ya Rabbal alamin..